|
BADAN
PENGURUSAN
Badan
pengurusan yang bertanggungjawab untuk mentadbir
Madrasah Al-Wahidah terdiri daripada individu-individu
yang berpengalaman dan berkelayakan tinggi samada
daripada institusi pengajian tinggi tempatan
mahupun luarnegara.
Seramai
2 orang berkelulusan ijazah Sarjana, 12 orang
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan 13 berkelulusan
Diploma atau setaraf diambil untuk berkhidmat
serta menyumbang tenaga dan idea dengan Madrasah
Al-Wahidah.
Komitmen
dan disiplin yang tinggi sentiasa diutamakan
bagi memastikan kualiti servis yang ditawarkan
dapat memenuhi permintaan pelanggan pada setiap
masa. Pihak pengurusan amat prihatin terhadap
permintaan serta kehendak para ibu-bapa dalam
meningkatkan mutu pengasuhan serta pendidikan
anak-anak mereka.
BADAN
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)
Badan
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) diwujudkan
untuk memastikan silibus yang digunapakai dalam
mengasuh dan mendidik para pelajar bukan sahaja
memenuhi objektif kami malahan kehendak dan
keperluan semasa. Oleh itu, para pelajar yang
dilahirkan di Madrasah Al-Wahidah mampu menyesuaikan
diri dengan sistem pendidikan harian kerajaan
malah lebih kehadapan dengan pelajar-pelajar
lain yang sebaya dengan mereka.
Sebagai
contoh, Madrasah Al-Wahidah mampu melahirkan
kanak-kanak pra-sekolah yang boleh membaca Al-Quran
dengan baik sebelum mereka melangkah ke darjah
satu sekolah harian kerajaan. Bagi pelajar-pelajar
yang lebih dewasa pula, mereka mampu untuk memahami
dan menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca,
sebelum mencapai usia baligh.
Untuk
pendidikan teknologi maklumat pula, program
multimedia yang dibina sendiri oleh kakitangan
Bahagian ICT, Madrasah Al-Wahidah adalah berkonsepkan
pendidikan jalinkait di mana kesemua matapelajaran
yang dipelajari didalam bilik darjah diintegrasi
dan diaplikasikan ke dalam bentuk program multimedia,
Selain itu, Al-Quran dan Al-Hadith dijadikan
sumber rujukan harian dalam menjalinkaitkan
penemuan sains dengan ayat-ayat Al-Quran dan
Hadith yang sahih.
Bahagian
R&D Madrasah Al-Wahidah sentiasa membuat
kajian dalam mencari sistem pendidikan yang
terbaik untuk digunapakai dalam pengasuhan dan
pembelajaran harian dan anak-anak didik kami.
Kajian ini merangkumi pengasuhan dan pendidikan
anak-anak seusia 0 tahun hinggalah kepada golongan
dewasa. Peningkatan ilmu dan kepuasan dikalangan
para pelajar kami adalah bukti pencapaian penyelidikan
kami.
PERANCANGAN
MASA DEPAN
Walaupun
telah mendapat tempat didalam pasaran didalam
pasraan pendidikan di sekitar Bandar Kuantan,
Madrasah Al-Wahidah terus merancang untuk kemajuan
dan pembangunan masa depannya. Diantaranya ialah
dengan mendaftarkan Madrasah Al-Wahidah sebagai
'franchisor' (pemberi francais). Melalui cara
ini, mana-mana pihak yang berminat dengan program
kami akan dapat menceburkan diri dengan mendaftarkan
diri mereka sebagai 'franchisee' (pemegang francais).
Dengan
mewujudkan sistem francais, pihak-pihak yang
berminat akan dapat menikmati hak dan tanggungjawab
untuk menjalankan perniagaan menggunakan tanda
nama dan tanda niaga berdasarkan sistem kami
di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dalam
jangkamasa yang tertentu. Oleh itu, kualiti
perlaksanaan sistem pendidikan akan terjamin
dan terkawal setiap masa.
|