I-LIFT  
I-LIFT Concept
Introduction
Newpaper Cut
The Brochure
The Articles
Business Proposal
 
Introduction

"Kata-kata Aluan Kepada Program I-LIFT Madrasah Al-Wahidah"

  Assalamualaikum w.b.t

Mutakhir ini banyak berlaku kehakisan beragama di kalangan umat Islam sendiri hasil dari polisi penjajahan yang tidak mudah dilekangkan. Berbagai amalan yang telah longgar dan menyonsang dari ajaran Baginda Rasulullah s.a.w. yang sebenarnya. Antaranya ilmu Akidah tidak lagi dititikberatkan di Nusantara ini, justeru sebaliknya fahaman dan amalan mengikut generasi terbaik, Salafussoleh telah dipinggirkan, sedangkan penekanan fahaman inilah wajib diketengahkan sejak kecil lagi bagi melahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi.

Begitu jika kita pandang dipersekitaran, tidak ada usaha yang serius yang telah atau sedang dilakukan di dalam melahirkan kaedah - kaedah yang mudah di dalam menyampaikan dakwah ini dikalangan generasi sekecil mungkin, mengorak langkah menjadikan anak - anak ini memahami kitab akidah yang terbesar iaitu Al-Quran sebelum mereka melangkah ke alam remaja.Satu pasukan 'Think Thank' di dalam merealisasikan program sebegini rupa , satu pasukan R & D yang berterusan mencari kaedah - kaedah sedemikian amat - amat diperlukan.

Alhamdulillah , sejak tahun 1999 saya berulang alik ke Kuantan, Pahang untuk memberi kuliah akidah serta tafsir Al-Quran kepada jemaah - jemaah di sana, telah saya perhatikan terdapat sebuah keluarga dari jemaah ini bertungkus lumus melahirkan kaedah - kaedah yang selama ini kita nanti-nantikan akan kelahirannya demi kepentingan jemaah yang lain yang mana manfaat utamanya ialah melahirkan generasi yang lebih baik dari kita semua, InsyaAllah.

Satu kaedah kesinambungan pembelajaran sejak bayi hinggalah dewasa sudahpun wujud tanpa menggadaikan masa depan anak -anak untuk mendapatkan pendidikan akademik terbaik. Kaedah ini tidak menyempitkan peluang anak - anak ini ke mana - mana IPTA, malah menjadikan apa jua pilihan kerjaya mereka di kemudian hari tanpa mengorbankan fahaman dan amalan mereka yang berlandaskan amalan Salafussoleh.

Program ini telah mereka namakan 'Program I-LIFT Madrasah Al-Wahidah'. Saya sendiri telah melihat hasil produk ini yang melambangkan keberkesannya didalam membentuk syakhsiah anak sekecil mungkin melalui unsur menghindarkan bibit - bibit kufur, yang disemai subur bermula saat diri anak - anak kecil itu merasakan bahang di luar rahim ibunya.

Saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan adanya komitmen sebegini rupa diiringi dengan satu pasukan yang berkelayakan tinggi , mempraktikkan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah serta tuntutanNya , pengorbanan yang telah sanggup mereka lalui demi usaha murni ini , maka saya mengharapkan agar sesiapa sahaja yang mahu menyambut seruan agamaNya perlu menguna pakai kaedah yang telah Allah s.w.t. ilhamkan ini menerusi mereka. Program yang telah dipermudahkan ini seharusnya dilaksanakan seluas -luasnya didalam mencari keredhaanNya di dunia mahupun di akhirat.

Saya mengucapkan syabas di atas usaha - usaha dan komitmen yang tinggi sebegini , dan saya berdoa agar ianya terus dirahmati Allah s.w.t serta dipermudahkan jalan - jalan yang ditempuhi demi agamaNya yang tercinta ini. Amin.


Ustaz Dr Abdullah Yasin.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia

5 Ramadhan 1427
28 September 2006