I-LIFT  
I-LIFT Concept
Introduction
Newpaper Cut
The Brochure
The Articles
  What is I-LIFT Concept
  Peranan AQIDAH kepada anak-anak.
Business Proposal
 
The Articles

Peranan AQIDAH kepada anak-anak.

  Krisis moral yang semakin dahsyat melanda amat merisaukan bukan sahaja ibubapa, para pendidik malahan masyarakat secara amnya. Cara penyelesaiannya tidak lain tidak bukan bagi kita umat Islam ialah kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.

Di Madrasah Al-Wahidah, melalui mata pelajaran Aqidah, anak-anak dididik dengan asas yang kukuh mengenal Allah dan tanda-tanda kebesarannya serta didedahkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan iman mengikut tahap kefahaman anak-anak tersebut. Di antara perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Amalan Contoh Harian Pendidikan Yang Diberi
Khurafat kepercayaan burung hantu membawa sial
kepercayaan bulan Safar membawa bala dan tidak boleh diadakan majlis pernikahan pada hari-hari tertentu
anak-anak difahamkan bahawa tiada sesuatu pun dapat menolak bala, mengahalanginya atau melepaskan dirinya kecuali dengan kehendak dan keizinan Allah tetapi mempelajarinya dengan tujuan meramalkan apa yang akan terjadi alam kehidupan seharian atau mengetahui perkara-perkara ghaib adalah batil dan haram
Syirik ilmu horoskop & ramalan apa yang akan jadi dalam kehidupan seharian seseorang menurut peredaran bintang
pemakaian tangkal, azimat, benang dan gelang bertujuan untuk menolak bala atau jin mahu pun bergantung harapan jampi serapah yang bukannya dari lafaz Al-Quran dan Hadith Sahih

ilmu bintang untuk tujuan memahami peredaran bintang, bulan dan matahari adalah dibenarkan malah amat bermanfaat tiada faedahnya meminta dari selain Allah kerana semuanya adalah lemah dan tidak berkemampuan menolak kesulitan atau menghalangi rahmat Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Tabaruk
(ambil berkat)
menjadikan batu, batu permata, pokok, kubur dan lain-lain sebagai tempat mendapat berkat untuk mengubat penyakit dan meminta hajat
menyembelih nazar, mandi bunga, mengasap kemenyan di tempat-tempat tersebut dengan tujuan untuk mendapat berkat

perkara tersebut adalah batil kerana tidak pernah seorang dari para sahabat pun mengambil berkat selain dari Rasulullah s.a.w
setiap amalan ibadah mestilah mengikut cara Rasulullah s.a.w kerana hanya baginda sahaja yang layak menentukan cara kita beribadat kepada Allah s.w.t


Demikianlah anak-anak di sini dididik dengan akidah yang satu berpandukan Al-Quran dan Hadith yang sahih. Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud :

"Dan barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam maka sekali-kali tidak akan diterima agama itu daripadanya, dan di akhirat nanti ia adalah termasuk dari orang-orang yang rugi."

Ditulis oleh :
Puan Hazimin bt. Abdul Hamid
Programme Coordinator (Islamic Study), Madrasah Al-Wahidah
Pelajar PhD, UIAM (Pendidikan) 2005.
Sarjana (Fiqh & Usul Fiqh) UIAM (2002-2004)
Sarjana Muda (Fiqh & Usul Fiqh) UIAM (1999-2002)
Pusat Matrikulasi UIAM (1996-98)
Maktab Mahmud, Alor Setar (1991-95)