Krisis moral yang semakin dahsyat melanda amat
merisaukan bukan sahaja ibubapa, para pendidik malahan masyarakat
secara amnya. Cara penyelesaiannya tidak lain tidak bukan bagi kita
umat Islam ialah kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
Di Madrasah Al-Wahidah, melalui mata pelajaran
Aqidah, anak-anak dididik dengan asas yang kukuh mengenal Allah
dan tanda-tanda kebesarannya serta didedahkan dengan perkara-perkara
yang boleh merosakkan iman mengikut tahap kefahaman anak-anak tersebut.
Di antara perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Amalan
Contoh Harian
Pendidikan Yang Diberi
Khurafat
Kepercayaan burung hantu membawa sial kepercayaan bulan
Safar membawa bala dan tidak boleh diadakan majlis pernikahan
pada hari-hari tertentu
Ilmu horoskop & ramalan apa yang akan jadi dalam
kehidupan seharian seseorang menurut peredaran bintang
Ilmu bintang untuk tujuan memahami
peredaran bintang, bulan dan matahari adalah dibenarkan
malah amat bermanfaat tetapi mempelajarinya dengan tujuan
meramalkan apa yang akan terjadi alam kehidupan seharian
atau mengetahui perkara-perkara ghaib adalah batil dan
haram
Syirik
Pemakaian tangkal, azimat, benang dan gelang bertujuan
untuk menolak bala atau jin mahu pun bergantung harapan
Jampi serapah yang bukannya dari lafaz Al-Quran dan
Hadith Sahih
Anak-anak difahamkan bahawa tiada sesuatu
pun dapat menolak bala, mengahalanginya atau melepaskan
dirinya kecuali dengan kehendak dan keizinan Allahtiada
faedahnya meminta dari selain Allah kerana semuanya adalah
lemah dan tidak berkemampuan menolak kesulitan atau menghalangi
rahmat Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang
dikehendakinya.
Tabaruk(ambil berkat)
Menjadikan batu, batu permata, pokok,
kubur dan lain-lain sebagai tempat mendapat berkat untuk
mengubat penyakit dan meminta hajatmenyembelih nazar,
mandi bunga, mengasap kemenyan di tempat-tempat tersebut
dengan tujuan untuk mendapat berkat
Perkara tersebut adalah batil kerana
tidak pernah seorang dari para sahabat pun mengambil berkat
selain dari Rasulullah s.a.w
setiap amalan ibadah mestilah mengikut cara Rasulullah
s.a.w kerana hanya baginda sahaja yang layak menentukan
cara kita beribadat kepada Allah s.w.t
Demikianlah anak-anak di sini dididik dengan akidah
yang satu berpandukan Al-Quran dan Hadith yang sahih. Firman Allah
dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud :
"Dan barangsiapa yang mencari agama selain
dari agama Islam maka sekali-kali tidak akan diterima
Sarjana (Fiqh & Usul Fiqh) UIAM (2002-2004)
Sarjana Muda (Fiqh & Usul Fiqh) UIAM (1999-2002)
Pusat Matrikulasi UIAM (1996-98)
Maktab Mahmud, Alor Setar (1991-95)