Text Box: From the Desk of   Madrasah Al-Wahidah
(For Internal Circulation Only)
Text Box: March 2005
Text Box: Madrasah Al-Wahidah
Muharram/Safar 1426
Text Box: MANFAATKAN CUTI SEKOLAH
Text Box: Text Box: Bismillahi Rahmani Rahim

Yang dirahmati Allah
Ibubapa dan Anak Didik
Madrasah Al-Wahidah, Kuantan.

Assalamualaikum w.b.t

Syukur Alhamdulillah, anak-anak kita baru sahaja menghabiskan cuti persekolahan satu minggu. Ada di kalangan anak-anak yang telah terpilih Allah Subhanahuwataala menghabiskan percutian mereka dengan melibatkan diri mengikuti Program Cuti Sekolah di Madrasah Al-Wahidah. Program kali ini begitu ilmiah dan seimbang : ilmu dunia dan ilmu akhirat secara ‘field study’. Di samping intensif Iqra’ dan Al-Quran, perbincangan-perbincangan berikut turut diadakan :
Hari Pertama : Be careful of poisonous plants around you!
Hari Kedua : If I am a coconut tree…(at Taman Explanade).
Hari Ketiga : Getting to know your cat’s doctor.
Hari Keempat : Let’s Cook!
Hari Kelima : Birds watching and picnic at Taman Gelora.

Anak-anak diberi penerangan secara saintifik (Kauniah) dan sudah tentunya juga secara Quraniah. Mereka disedarkan bahawa setiap kejadian alam adalah ciptaan Allah dan ada hikmah dan manfaatnya kepada manusia. Semua ini ada tersurat di dalam Kitab Suci Al-Quran Kalamullah.

Anak-anak mengabdikan fahaman mereka dengan melakarkan sebuah peta minda bagi setiap tajuk mengikut kebolehan masing-masing. Guru-guru membimbing dan hanya menjasi fasilitator.Ayat-ayat Al-Quran serta Hadith sahih yang menjadi dalil kepada perkara-perkara tertentu diajar, dijelaskan dan diabdikan bersama peta minda. Dengan kaedah ini anak-anak akan terdidik secara seimbang, dunia dan akhirat.

Semoga ianya menjadi amalan harian mereka dalam menyemak dan mencari dalil dari Al-Quran dan Hadith sahih dengan beratlamatkan Al-Quran dan Al-Hadith adalah panduan hidup mereka. Amin.

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
Text Box: (Al ‘Asr, 103 : 1-3)

Getting to know Multiple Intelligences

2

Apa itu Tamimah?

3

Photo Gallery : March 2005 School Holiday Program

4

Announcement Board : Activities for April 2005

4

Text Box: Volume 1, Issue 3
Text Box: Ditulis Oleh :
Puan Hajjah Fauziah bt Abdul Salam
Mudirah Madrasah Al-Wahidah

Guru Besar SKP. Methodist, Kuantan (1995-98)
Guru Sumber Matematik Neg. Pahang (1988-98)
Ketua Pemeriksa Kertas 2 Matematik UPSR Negeri Pahang (1994-98)
Penggubal Soalan Kertas 2 Matematik UPSR Lembaga Peperiksaan Malaysia (1993-98)
AJK Pengajaran Pembelajaran Matematik Bhgn. Sekolah Kem. Pendidikan Malaysia (1975-98)