Text Box: From the Desk of  Madrasah Al-Wahidah
(For Internal Circulation Only)
Text Box: February 2005
Text Box: Madrasah Al-Wahidah
Zulhijjah 1425/Muharram 1426
Text Box: SETELAH LEBIH SEBULAN BERSAMA MADRASAH AL-WAHIDAH...
Text Box: Text Box: Bismillahi Rahmani Rahim

Yang dirahmati Allah, ibu-ibu, bapa-bapa dan anak didik-anak didik Madrasah Al-Wahidah di Bukit Sekilau, Jalan Beserah dan Taman Siok Tong, Kuantan.

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sebulan lebih ibubapa menghantar anak-anak ke Madrasah Al-Wahidah pada Sesi 2005 ini, maka pastinya ada ibubapa yang ingin perkatakan tentang program yang kami tawarkan kepada anak-anak tersayang.

Harapan kami jika ada sebarang kelemahan dan difikirkan kami boleh membaikinya  demi untuk menigkatkan mutu perkhidmatan kami, sila kemukakan kepada kami baiik dengan cara bertulis, menelefon atau datang berjumpa dengan pihak pengurusan. Yang paling kami utamakan ialah tentang pendidikan anak-anak.

Kurikulum yang kami gunakan ialah kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dan disokong oleh kurikulum yang kami tambah pengisiannya berdasarkan keperluan anak-anak buat masa ini. Contohnya dalam bidang Akhlak, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan semestinya Aqidah (asas pegangan agama Islam).

Kepada ibubapa, kami merayu, marilah kita bersama-sama mendidik anak-anak kita dengan akhlak yang baik, bertata-tertib, berbudi bahasa, meninggalkan segala tingkah laku ganas dan kasar, tidak mengucapkan kata-kata yang tidak sopan. Perkara-perkara yang negatif ini anak-anak mudah meniru dan terpengaruh, maka kita pendidiklah yang bertangggungjawab menerangkan dan menunjukkan atau membetulkan mereka ke jalan yang betul. Lenturlah buluh semasa rebungnya.

“ Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(An-Nisaa’ 4 : 148)

Wassalam.

Mudirah.
Text Box:

What is I-LIFT Concept?

2

Syirik—Deifinisi, Pembahagian & Bahaya

3

Join our March School Holiday Programme!

4

Album Kelas Bulanan Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah

4

Announcement Board : Activities for March 2005

4

Text Box: Volume 1, Issue 2
Text Box: Ditulis Oleh :
Puan Hajjah Fauziah bt Abdul Salam
Mudirah Madrasah Al-Wahidah

Guru Besar SKP. Methodist, Kuantan (1995-98)
Guru Sumber Matematik Neg. Pahang (1988-98)
Ketua Pemeriksa Kertas 2 Matematik UPSR Negeri Pahang (1994-98)
Penggubal Soalan Kertas 2 Matematik UPSR Lembaga Peperiksaan Malaysia (1993-98)
AJK Pengajaran Pembelajaran Matematik Bhgn. Sekolah Kem. Pendidikan Malaysia (1975-98)
Text Box: Tahniah kepada adik Amira Husna bt Baharin setelah lebih tiga tahun mengikuti program pendidikan Madrasah Al-Wahidah.