Text Box: From the Desk of Madrasah Al-Wahidah
(For Internal Circulation Only)
Text Box: May 2005
Text Box: Madrasah Al-Wahidah
Rabiulawal/Rabiulakhir 1426
Text Box: PERCUTIAN BERILMU—Satu Pengalaman Bermakna
Text Box: Bismillahi Rahmani Rahim

Yang Dirahmati Allah 
Ibubapa dan Anak Didik
Madrasah Al-Wahidah, Kuantan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Cuti penggal persekolahan akan bermula pada 28 Mei 2005 hingga 12 Jun 2005. Ada di kalangan anak-anak menyambut percutian ini dengan penuh rasa gembira. Mereka tidak perlu menghadap buku-buku pelajaran, pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dianggap ‘membosankan’. 

Mereka penuhi waktu-waktu itu dengan menonton televisyen dari pagi hingga ke petang, petang hingga ke malam. Tidak cukup dengan rancangan televisyen, ditambah dengan tayangan cakera padat video (VCD). Semua ditonton tanpa dikawal tapis oleh ibubapa. Mereka hanya dijaga oleh pembantu rumah dan ada pula yang ditinggalkan bersedirian bersama adik-beradik. 

Empat belas hari, masa begitu panjang, anak-anak membuang masa tanpa mempelajari apa-apa ilmu berfaedah. Mereka semata-mata ‘relax’ dan ‘enjoy’. Ingatkah anak-anak akan kata-kata Allah di dalam Kitab SuciNya yang membawa maksud, “Semua manusia berada di dalam keadaan merugikan apabila dia tidak mengisi waktunya dengan perbuatan-perbuatan baik.” (Surah Al-Asr ,103).

Text Box: Inside this issue:
Text Box: Volume 1, Issue 5
Text Box: Ditulis Oleh : Puan Hajjah Fauziah bt Abdul Salam
                      Mudirah Madrasah Al-Wahidah

* Guru Besar SKP. Methodist, Kuantan (1995-98)  * Guru Sumber Matematik Negeri Pahang (1988-98)  
* Ketua Pemeriksa Kertas 2 Matematik UPSR Negeri Pahang (1994-98)   * Penggubal Soalan Kertas 2 Matematik UPSR Lembaga Peperiksaan Malaysia (1993-98)   * AJK Pengajaran Pembelajaran Matematik Bahagian Sekolah Kem.enterian Pendidikan Malaysia (1975-98)
Text Box: Demi untuk mencapai objektif ‘Ilmu Pengetahuan Seluas dan Sepanjang Hayat’, kami ada menyediakan ‘School Holiday Program (30th May—10th June 2005)’ . Pengisiannya seimbang di antara pengetahuan agama, am, kesihatan, kemahiran kreatif dan ’pleasure’. Anak-anak dibawa belajar di luar bilik darjah, semoga mereka lebih relaks dan tenang, bersesuaian dengan bercuti sambil belajar.  

Pada bulan lepas, kami bawa anak-anak kepada kisah ‘The Ark oh Nuh’. Kali ini pula kita akan pelopori  kisah ’The Miracle of Nabi Sulaiman : Talking to Animals’. Dari segi logik akal, memanglah mustahil untuk berbuat demikian. 

Maka, di sinilah kami memberikan penekanan bahawa kuasa, kehendak dan kudrat Allah tidak boleh difikir secara logik akal. Kita wajib terima, mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa kejadian itu adalah benar belaka. Bagi Allah, “Sesungguhnya perintahNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, ‘Jadilah!’ maka terjadilah ia..” (Surah Yaasin, 36 : 82)

Mudirah berseru kepada sesiapa yang berada di Kuantan pada musim cuti persekolahan ini, silalah menyertai program yang kami anjurkan ini. Mudirah yakin anak-anak semua akan seronok mempelajarai banyak perkara serta  pengalaman baru dan tentunya menggembirakan, InsyaAllah.

Mudirah.

Getting to know Multiple Intelligences (...cont)

2

Syafa’at : Definisi & Pembahagian (sambungan)

3

Join our May’/June’05 School Holiday

Programme!

4

Announcement Board : Activities for June 2005

4