|
Peranan AQIDAH kepada anak-anak.
Krisis moral yang semakin dahsyat melanda amat merisaukan
bukan sahaja ibubapa, para pendidik malahan masyarakat secara amnya. Cara
penyelesaiannya tidak lain tidak bukan bagi kita umat Islam ialah kembali
kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
Di Madrasah Al-Wahidah, melalui mata pelajaran Aqidah, anak-anak
dididik dengan asas yang kukuh mengenal Allah dan tanda-tanda kebesarannya
serta didedahkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan iman mengikut
tahap kefahaman anak-anak tersebut. Di antara perkara-perkara tersebut
adalah seperti berikut :
|
Amalan
|
Contoh Harian
|
Pendidikan Yang Diberi
|
|
Khurafat
|
kepercayaan burung hantu membawa
sial
kepercayaan bulan Safar membawa
bala dan tidak boleh diadakan majlis pernikahan pada hari-hari tertentu
|
anak-anak difahamkan bahawa tiada sesuatu pun dapat
menolak bala, mengahalanginya atau melepaskan dirinya kecuali
dengan kehendak dan keizinan Allah
tetapi mempelajarinya dengan tujuan meramalkan
apa yang akan terjadi alam kehidupan seharian atau mengetahui perkara-perkara
ghaib adalah batil dan haram
|
|
Syirik
|
ilmu horoskop & ramalan
apa yang akan jadi dalam kehidupan seharian seseorang menurut peredaran
bintang
pemakaian tangkal, azimat, benang dan gelang bertujuan
untuk menolak bala atau jin mahu pun bergantung harapan
jampi serapah yang bukannya dari lafaz Al-Quran
dan Hadith Sahih
|
ilmu bintang untuk tujuan memahami
peredaran bintang, bulan dan matahari adalah dibenarkan malah
amat bermanfaat
tiada faedahnya meminta dari selain Allah
kerana semuanya adalah lemah dan tidak berkemampuan menolak kesulitan
atau menghalangi rahmat Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja
yang dikehendakinya.
|
|
Tabaruk
(ambil berkat)
|
menjadikan batu, batu permata,
pokok, kubur dan lain-lain sebagai tempat mendapat berkat untuk
mengubat penyakit dan meminta hajat
menyembelih nazar, mandi bunga, mengasap kemenyan
di tempat-tempat tersebut dengan tujuan untuk mendapat berkat
|
perkara tersebut adalah batil
kerana tidak pernah seorang dari para sahabat pun mengambil berkat
selain dari Rasulullah s.a.w
setiap amalan ibadah mestilah mengikut cara
Rasulullah s.a.w kerana hanya baginda sahaja yang layak menentukan
cara kita beribadat kepada Allah s.w.t
|
Demikianlah anak-anak di sini dididik dengan akidah yang
satu berpandukan Al-Quran dan Hadith yang sahih. Firman Allah dalam Surah
Ali Imran ayat 85 yang bermaksud :
"Dan barangsiapa yang mencari
agama selain dari agama Islam maka sekali-kali tidak akan diterima agama
itu daripadanya, dan di akhirat nanti ia adalah termasuk dari orang-orang
yang rugi."
|
Ditulis Oleh :
Puan Hazimin bt. Abdul Hamid
Programme Coordinator (Islamic Study), Madrasah Al-Wahidah
Pelajar PhD, UIAM (Pendidikan) 2005.
Sarjana (Fiqh & Usul Fiqh) UIAM (2002-2004)
Sarjana Muda (Fiqh & Usul Fiqh) UIAM (1999-2002)
Pusat Matrikulasi UIAM (1996-98)
Maktab Mahmud, Alor Setar (1991-95)
|
|