Assalamualaikum w.b.t
Mutakhir ini banyak berlaku kehakisan beragama di kalangan
umat Islam sendiri hasil dari polisi penjajahan yang tidak mudah dilekangkan.
Berbagai amalan yang telah longgar dan menyonsang dari ajaran Baginda
Rasulullah s.a.w. yang sebenarnya. Antaranya ilmu Akidah tidak lagi
dititikberatkan di Nusantara ini, justeru sebaliknya fahaman dan amalan
mengikut generasi terbaik, Salafussoleh telah dipinggirkan, sedangkan
penekanan fahaman inilah wajib diketengahkan sejak kecil lagi bagi melahirkan
generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi.
Begitu jika kita pandang dipersekitaran, tidak ada usaha yang serius
yang telah atau sedang dilakukan di dalam melahirkan kaedah - kaedah
yang mudah di dalam menyampaikan dakwah ini dikalangan generasi sekecil
mungkin, mengorak langkah menjadikan anak - anak ini memahami kitab
akidah yang terbesar iaitu Al-Quran sebelum mereka melangkah ke alam
remaja.Satu pasukan 'Think Thank' di dalam merealisasikan program sebegini
rupa , satu pasukan R & D yang berterusan mencari kaedah - kaedah
sedemikian amat - amat diperlukan.
Alhamdulillah , sejak tahun 1999 saya berulang alik ke Kuantan, Pahang
untuk memberi kuliah akidah serta tafsir Al-Quran kepada jemaah - jemaah
di sana, telah saya perhatikan terdapat sebuah keluarga dari jemaah
ini bertungkus lumus melahirkan kaedah - kaedah yang selama ini kita
nanti-nantikan akan kelahirannya demi kepentingan jemaah yang lain yang
mana manfaat utamanya ialah melahirkan generasi yang lebih baik dari
kita semua, InsyaAllah.
Satu kaedah kesinambungan pembelajaran sejak bayi hinggalah dewasa
sudahpun wujud tanpa menggadaikan masa depan anak -anak untuk mendapatkan
pendidikan akademik terbaik. Kaedah ini tidak menyempitkan peluang anak
- anak ini ke mana - mana IPTA, malah menjadikan apa jua pilihan kerjaya
mereka di kemudian hari tanpa mengorbankan fahaman dan amalan mereka
yang berlandaskan amalan Salafussoleh.
Program ini telah mereka namakan 'Program I-LIFT Madrasah Al-Wahidah'.
Saya sendiri telah melihat hasil produk ini yang melambangkan keberkesannya
didalam membentuk syakhsiah anak sekecil mungkin melalui unsur menghindarkan
bibit - bibit kufur, yang disemai subur bermula saat diri anak - anak
kecil itu merasakan bahang di luar rahim ibunya.
Saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan adanya komitmen sebegini rupa
diiringi dengan satu pasukan yang berkelayakan tinggi , mempraktikkan
Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah serta tuntutanNya , pengorbanan yang telah
sanggup mereka lalui demi usaha murni ini , maka saya mengharapkan agar
sesiapa sahaja yang mahu menyambut seruan agamaNya perlu menguna pakai
kaedah yang telah Allah s.w.t. ilhamkan ini menerusi mereka. Program
yang telah dipermudahkan ini seharusnya dilaksanakan seluas -luasnya
didalam mencari keredhaanNya di dunia mahupun di akhirat.
Saya mengucapkan syabas di atas usaha - usaha dan komitmen yang tinggi
sebegini , dan saya berdoa agar ianya terus dirahmati Allah s.w.t serta
dipermudahkan jalan - jalan yang ditempuhi demi agamaNya yang tercinta
ini. Amin.
Wassalam
Ustaz Dr Abdullah Yasin.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia
5 Ramadhan 1427
28 September 2006
klik
untuk seterusnya/next....