MUKADDIMAH
:
Persoalan Akidah merupakan perkara yang paling asas
di dalam Islam. Kalau Islam diibaratkan bagaikan bangunan
maka kedudukan akidah adalah bagaikan asas atau tapak
binaan tersebut. Jika akidah seseorang rosak maka
akan musnah semua amalan yang dibina di atasnya. Atas
dasar itulah Rasulullah s.a.w. memulai dakwahnya dengan
akidah sebelum mengajar syare'at.
Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran
namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi.
Apalagi persoalan akidah banyak berkaitan dengan perkara
perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia
yang sangat terbatas.
AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH :
Rasulullah s.a.w. mengakui bahawa umatnya kelak akan
berpuak-puak menjadi 73 puak dan puak yang akan selamat
dari azab neraka hanya satu puak , iaitu puak Ahlus
Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ). Ketika baginda s.a.w. ditanya
tentang siapakah golongan ASWJ tersebut maka baginda
hanya menjawab : " Mereka yang mengikuti aku
dan sahabat-sahabatku ". ( HR. Tarmidzi ) Dan
di dalam wasiat baginda s.a.w. sebelum wafatnya :
Siapa di antara kau yang panjang usianya kelak
akan menemui banyak percanggahan pendapat. Oleh itu
, berpeganglah kamu dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah
al-rasyidin sesudahku , peganglah sunnah itu denagan
kuat ". ( Hadis sahih Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi
)
Baginda juga pernah memuji pegangan Salaf Soleh iaitu
mereka yang hidup dalam lingkungan tiga kurun pertama
ke-Islaman. Hal ini diisyaratkan oleh baginda di dalam
sabdabya : " Sebaik-baik manusia adalah manusia
hidup dalam kurunku , kemudian mereka yang mengiringimya
, kemudian mereka yang mengiringinya ". (HR Bukhari
dan Muslim).
CIRI-CIRI AKIDAH ASWJ :
Adapun ciri-ciri khas akidah puak ASWJ ialah di antaranya
:
Menyandarkan keyakinan mereka berdasarkan keterangan
dari Al-Quran dan Al-Hadis yang sahih serta akal yang
sejahtera.
Mendahulukan keterangan Al-Quran dan Al-Hadis jika
dianggap bercanggah dengan akal fikiran , bukan sebaliknya.
Mengutamakan pegangan akidah Salaf Soleh kerana merekalah
yang pernah mendapat pujian Rasul s.a.w.
ALAM BARZAKH :
Sebenarnya istilah " alam kuburan " hanyalah
berdasarkan kebiasaan (ghalib) kerana setiap manusia
yang wafat biasanya dikuburkan. Malahan menguburkan
jenazah menjadi salah satu kewajipan (fardhu kifayah)
ke atas orang yang masih hidup. Ini tidak bermakna
bagi setiap insan mesti ada kuburannya jika mereka
mati sebab terkadang-kadang atas sebab-sebab tertentu
terdapat manusia yang tidak diketahui kuburannya ,
mungkin kerana ditelan binatang buas , terbakar hangus
, berkecai jasadnya kerana kemalangan dan lain-lain.
Namun menurut keyakinan ASWJ setiap manusia tetap
berada di dalam alam barzakh , iaitu alam di antara
alam pilihan (dunia) dengan alam akhirat. Ini berdasarkan
firman Allah dalam surah Al-Mukminun :
(100)
"
(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu) , hingga
apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka
, dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku
(ke dunia) (99) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap
apa yang aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya
itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di
hadapan mereka ada barzakh (dinding) sampai hari mereka
dibangkitkan ". (100)
Menurut kamus ( arabic font ) oleh Abu Bakr
Al-Razi makna barzakh ialah dinding pembatas antara
dua benda. Dan dia juga membawa makna apa yang terdapat
di antara alam dunia dan alam akhirat sejak dari waktu
kematian seseorang sehingga dia dibangkitkan. Jadi
siapa yang mati maka itu bermakna dia telah masuk
ke dalam alam barzakh tanpa mengambil kira bagaimana
cara kematiannya.
MANUSIA DI ALAM BARZAKH :
Manusia terdiri daripada jasad dan roh walaupun hubungan
antara keduanya sangat relatif (nisbi). Terdapat lima
bentuk hubungan antara roh dan jasad , iaitu :
Hubungan antara roh dan jasad di dalam rahim ibu (janin).
Hubungan keduanya di muka bumi setelah dilahirkan.
Hubungan antara keduanya ketika tidur.
Hubungan antara keduanya ketika di alam barzakh.
Hubungan antara keduanya ketika dibangkitkan dari
kubur.
Walaupun roh berpisah setelah kematian namun perpisahan
antara keduanya bukanlah perpisahan yang mutlak (firaq
kulliy). Sungguh banyak dalil yang menjelaskan bahawa
roh dikembalikan kepada jasad di dalam kubur ketika
disoal oleh malaikat munkar wa nakir dan ketika menjawab
salam orang yang menziarahi kuburan. Pengembalian
roh ini adalah pengembalian khas dan tidak semestinya
pengembalian yang dapat menghidupkan jasad sebelum
kebangkitan.
Sehubungan dengan hakikat itu Allah S.W.T. telah menjadikan
untuk manusia tiga peringkat kehidupan , iaitu :
1. Kehidupan Dunia.
2.
Kehidupan Barzakh.
3.
Kehidupan Qarar.
Allah S.W.T. telah menjadikan pada tiap-tiap kehidupan
itu dengan hukum-hakamnya yang tersendiri secara khusus
berbeza dengan kehidupan yang lain. Manusia dijadikannya
memiliki badan dan roh.
Allah S.W.T. menetapkan hukum-hakam di dunia ke atas
badan kasar manusia , sedangkan roh hanya mengikutinya.
Oleh sebab itu Allah menjadikan hukum-hakam syare'at
berasaskan ucapan lisan dan amalan anggota walaupun
jiwa atau rohaninya bercanggah dengan apa yang diucapkan
atau apa yang diamalkannya.
Adapun hukum-hakam Barzakh pula adalah ditetapkan
oleh Allah berasaskan roh sedangkan jasad kasarnya
hanya mengikutinya. Ini berbeza dengan kehidupan di
dunia yang diasakan kepada badan sedangkan roh hanya
mengikutinya. Oleh itu , di alam barzakh badan akan
turut merasakan kepedihan azab jika rohnya disiksa
sebagaimana badan akan turut merasakan nikmat dan
keselesaan jika roh mendapat nikmat dan kesenangan
kerana jasadlah yang menjadi penyebab untuk mendapat
nikmat atau sebaliknya siksaan.
Adapun pada Hari Kiamat ketika jasad dibangkitkan
dari kubur masing-masing untuk menghadap Allah , Tuhan
sekalian alam maka berhimpunlah jasmani dan rohani
insan secara hakiki untuk menerima nikmat ataupun
siksaan. Di alam akhirat inilah pertautan jasad dan
roh yang paling sempurna melebihi pertautannya di
alam yang lain kerana pertautan kali ini tidak akan
dicemari oleh kematian atau tidur atau kerusakan.
AZAB DAN NIKMAT KUBUR
BUKAN
SUATU YANG MUSTAHIL :
Sungguh banyak perkara yang tidak dapat disaksikan
oleh mata kasar di dalam alam dunia ini tetapi kita
yakini akan wujudnya. Dan bukan saja tentang kewujudannya
malahan apa yang dirasakan oleh rohani juga dapat
dirasakan oleh jasmani. Di antara contoh perkara tersebut
ialah :
Beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan.
Di antara mereka ada yang bermimpi indah. Ketika bangun
jasadnya turut merasakan nikmat yang dirasakan oleh
rohnya ketika dalam mimpi. Demikian sebaliknya , orang
yang bermimpi buruk dan mengerikan. Bukan saja rohnya
tersiksa tetapi badan juga terasa tersiksa. Mereka
yang tidur berhampiran masing-masing tidak mengetahui
apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti
ini tidak dapat kita ingkari hakikat kewujudannya
maka demikianlah dengan alam barzakh , malahan kejadian
di alam barzakh akan lebih hebat lagi.
Malaikat Jibril 'Alaihissalam yang turun membawa wahyu
kepada Rasulullah s.a.w. dalam bentuk seorang lelaki.
Baginda s.a.w. dapat melihatnya dan mendengar ucapannya
sedangkan para sahabat yang berada disekeling baginda
s.a.w. tidak dapat melihat dan mendengarnya.
Para Jin bercakap dengan sesama mereka dengan suara
yang lantang. Mereka berada ditengah-tengah umat manusia
tetapi kita tidak mendengar pertuturan mereka.
JAHIL , SESAT , DUSTA :
Berdasarkan beberapa contoh di atas nyatalah bahawa
azab dan nikmat kubur bukanlah suatu yang mustahil
terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang
mantap , ilmu pengetahuan agama yang mencukupi , yakin
akan kodrat atau kuasa Allah yang tiada tandingannya
pasti akan yakin akan adanya siksaan dan nikmat kuburan.
Hanya orang jahil dan sesat serta suka mendustakan
ucapan Rasulullah s.a.w. dan meragukan kodrat Allah
sajalah yang akan mengingkari adanya azab dan nikmat
kubur.
MAZHAB MU'TAZILAH :
Di antara umat Islam ada yang menganut fahaman Mu'tazilah.
Di antara fahaman Mu'tazilah yang sangat bercanggah
dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ialah bahMu'tazilah
tidak percaya akan adanya azab dan nikmat kubur. Mereka
beranggapan kononnya azab dan nikmat kubur itu tidak
rasional dan bercanggah dengan akal yang waras.
Mereka mendakwa antaranya : Bagaimana manusia akan
disiksa dan mendapat nikmat di dalam kubur padahal
ada manusia yang tidak dikesan kuburannya ? Bagaimana
dengan mereka yang hancur tubuhnya kerana ledakan
dan letupan bom , yang dimakan oleh binatang buas
, hangus terbakar menjadi abu ? Semua pertanyaan ini
hanya muncul dari orang yang jahil tentang makna alam
kubur atau alam barzakh sebagaimana yang dipaparkan
di atas.
Pengarang kitab ( arabic font) , Dr. Soleh
Fauzan Al-Fauzan berkata :
"
Golongan Salaf Soleh dan para imamnya berpendapat
bahawa seseorang bila wafat akan merasakan nikmat
atau azab. Yang demikian itu akan dialami oleh rohnya
dan badannya bersama-sama. Sesungguhnya roh akan kekal
untuk merasakan nikmat atau azab walaupun setelah
berpisah dengan badan kerana roh kadangkala berhubungan
dengan badan agar bersama-sama merasakan nikmat atau
siksaan ".
DALIL-DALIL
ADANYA AZAB
DAN
NIKMAT DALAM KUBUR :
Dalil-dalil dari Al-Quran :
(93)
"
Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu
orang-orang yang zalim (berada) di dalam tekanan-tekanan
sakratulmaut , sedang para malaikat memukul dengan
tangannya (sambil berkata) : " Keluarkanlah nyawamu
". Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang
sangat menghinakan , kerana kamu selalu mengatakan
terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana)
kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya
". ( Al-Anaam / 6 : 93 )
Ungkapan Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan
yang sangat menghinakan mengandung makna azab
ketika akan mati atau azab di dalam kubur sebab jika
yang dimaksudkan azab di sini setelah hancurnya dunia
(kiamat) maka tidak tepat istilah Di hari ini
kamu dibalas digunakan di sini.
"
Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya
mereka , dan Fir'aun beserta kaumnya dikepung oleh
azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka
pada pagi dan petang , dan pada hari terjadinya Kiamat.
(Dikatakan kepada malaikat) : " Masukkanlah Fir'aun
dan kaumnya ke dalam azab yang amat keras ".
( Al-Mukmin / 40 : 45 -46 )
Allah S.W.T. memperlihatkan azab kepada Firaun dan
pengikutnya pagi dan petang kemudian akan menyiksa
mereka dengan azab yang keras setelah kiamat. Ini
bermakna azab sebelum kiamat itu adalah azab kubur
, bukan azab di akhirat (neraka) dan bukan pula di
dunia kerana beberapa sebab :
Azab tersebut sebelum kiamat.
Di alam akhirat tidak ada pagi dan petang.
Azab tidak diperlihatkan (aradh) kepada Firaun
di dunia.
Ayat ini untuk umum , tidak hanya khusus untuk Firaun
dan pengikutnya saja. ( Kaedah Ilmu Tafsir )(25)
"
Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka , mereka ditenggelamkan
lalu dimasukkan ke neraka , maka mereka tidak mendapat
penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah ".
( Nuh / 71 : 25 )
Ayat ini menyatakan azab yang ditimpakan ke atas oarng-orang
dari umat Nabi Nuh a.s. Setelah mereka ditenggelamkan
kerana kesalahan-kesalahan mereka ( arabic font
) lalu Allah sambung dengan ( arabic font )
lalu mereka dimasukkan ke neraka . Maksud
: mereka dimasukkan ke neraka di sini adalah azab
kubur , bukan azab neraka setelah kiamat sebab kata
sambung ( ataf) yang digunakan di sini adalah
huruf ( arabic font ) - ( arabic font
) . Menurut kaedah bahasa Arab , kegunaan kata sambung
( arabic font ) mengandung makna tertib yang
dekat bukan berselang lama
Atas dasar ketentuan itu maka maksud ayat : Umat Nuh
yang durhaka itu dimasukkan ke dalam neraka langsung
setelah mereka ditenggelamkan tanpa menunggu lama.
Demikianlah menurut zahir ayat , bukan azab masuk
api neraka setelah kiamat terjadi kerana azab tersebut
masih lama setelah kejadian taufan Nabi Nuh a.s.
"
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu , sampai kamu
masuk ke
dalam
kubur ". ( Al-Takaathuir / 102 : 1-2 )
Saidatina Aisyah r.a dan Saidina 'Ali r.a berkata
: Kami masih meragukan akan adanya azab kubur
sehingga turunlah ayat ini . ( HR Imam Tarmidzi
)
"
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku , maka
sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami
akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan
buta ". ( Tahaa / 20 : 124 )
Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat di atas berkata
: Dari Abi Hurairah dari Nabi s.a.w. maka sesungguhnya
baginya penghidupan yang sempit maksudnya adalah
azab kubur. ( Sanad hadis ini jayyid yakni baik )
Dalil-dalil dari Al-Hadith.
Jika direnung dengan cermat hadis-hadis yang berkaitan
dengan azab dan nikmat kubur nescaya kita akan dapati
bahawa hadis-hadis tersebut adalah sebagai perincian
dan tafsiran terhadap ayat-ayat Al-Quran yang berhubungan
dengannya. Adapun hadis-hadis tersebut , antaranya
:
Daripada
Ibn Abbas r.a. : " Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui
dua kuburan , lalu baginda s.a.w bersabda : Sesungguhnya
kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan
mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar , adapun
yang seorang disiksa kerana tidak istinjak setelah
kencing , sedangkan yang satu lagi kerana suka mengadu-domba.
Kemudian baginda s.a.w. meminta sati pelepah korma
lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersanda : Semoga
pelepah korma ini akan dapat meringankan siksaan mereka
berdua selama ia belum kering ". ( HR Bukhari
dan Muslim )
Daripada
Zaid Bin Thabit r.a berkata : Ketika Rasulullah s.a.w.
berada di kawasan Bani Najjar sambil menonggang baghlnya
dan kami bersamanya , tiba-tiba baghlnya terkejut
dan hamper saja baginda terjatuh. Kiranya di kawasan
itu terdapat enam atau lima atau empat kuburan , lalu
baginda s.a.w. bertanya : Siapakah di antara kamu
yang mengetahui penghuni-penghuni kuburan ini ? Seorang
lelaki menjawab : Saya. Baginda s.a.w. bertanya lagi
: Bilakah mereka mati ? Lelaki tersebut menjawab :
Mereka mati dalam syirik. Lalu baginda s.a.w. bersabda
: Sesungguhnya umat ini (penghuni-penghuni kuburtan
ini) sedang disiksa di dalam kuburan mereka. Andaikata
mereka tidak dikuburkan nescaya aku memohon kepada
Allah agar Dia memperdengarkan kepada kamu siksaan
kubur sebagaimana yang aku mendengarnya. ( HR Muslim
)
Daripada
Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "
Jika salah seorang dari kamu selesai membaca tasyahhud
akhir (dalam solatnya) maka hendaklah ia memohon kepada
Allah daripada empat perkara : Daripada azab Jahannam
, dan daripada azab kubur , dan daripada fitnah hidup
dan mati , dan daripada fitnah Dajjal ". ( HR
Muslim dan Semua Sunan )
Daripada
'Aisyah r.a. katanya : Seorang wanita tua daripada
kalangan orang-tua orang-tua Yahudi Madinah telah
masuk menemuiku , lalu dia berkata : Sesungguhnya
penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kuburan mereka.
'Aisyah r.a. berkata : Aku merasa ragu untuk membenarkan
(ucapannya) itu. Lalu dia (wanita-tua itu) keluar.
Dan ketika itu Rasulullah s.a.w. masuk menemuiku ,
maka akupun bertanya : Ya Rasulallah ! Sesungguhnya
seorang wanita-tua daripada kalangan wanita-tua wanita-tua
Yahudi Madinah masuk menemuiku dan dia mendakwa bahawa
penghuni-penghuni kubur disiksa di dalam kuburan mereka
? Baginda s.a.w. bersabda : Benar dia , sesungguhnya
mereka disiksa dengan siksaan yang boleh didengar
oleh semua binatang. Aisyah r.a. berkata : Setelah
peristiwa itu aku tidak pernah melihat baginda s.a.w.
solat melainkan baginda s.a.w. memohon perlindungan
daripada siksaan kubur. ( HR Bukhari dan Muslim )
GHAIB HAKIKI DAN GHAIB IDHAFI :
Pada asalnya hanya Allah S.W.T yang mengetahui akan
perkara ghaib. Ini sebagaimana firman Allah :
Katakanlah
: Tidak seorangpun di langit dan di bumi yang
mengetahui perkara yang ghaib , kecuali Allah ,
mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.
( Al-Naml / 27 : 65 )
Namun demikian menurut pandangan ASWJ bahawa Allah
S.W.T. juga berkuasa untuk memberitahu Rasul-Nya beberapa
perkara ghaib. Ini berdasarkan firman Allah :
(
Dia adalah Tuhan ) Yang Mengetahui yang ghaib , maka
Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang tentang
yang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya
( Al-Jinn / 72 : 26 27 )
Atas dasar itulah kita yang menganut fahaman ASWJ
membagi perkara ghaib kepada dua jenis , iaitu :
Ghaib Hakiki , iaitu perkara ghaib yang hanya diketahui
oleh Allah. Tidak seorangpun dari kalangan makhluk-Nya
yang mengetahui jenis ghaib ini walaupun Malaikat
ataupun para Rasul. Contohnya : Bilakah kiamat akan
terjadi.
Ghaib Idhafi , iaitu beberapa perkara ghaib yang dapat
diketahui oleh para Rasul kerana mereka diberitahu
oleh Allah melaui wahyu. Contohnya : Nabi s.a.w. dapat
menyatakan beberapa tanda-tanda kiamat akan terjadi
seperti : matahari akan terbit dari sebelah barat
, pengembala miskin akan memiliki bangunan tinggi
dan lain-lain.
Adanya ghaib idhafi ini diperkuatkan oleh firman Allah
, antaranya :
" Dan Dia (Muhammad) bukanlah seorang yang bakhil
untuk
menerangkan yang ghaib ". ( Al-Takwir / 81 :
24 )
Oleh itu , adalah keliru kalau ada orang yang mendakwa
kononnya Rasulullah s.a.w. tidak ada otoriti untuk
menyatakan perkara-perkara ghaib kerana baginda s.a.w.
mempunyai keistimewaan yang tidak dimilki oleh manusia
biasa walaupun bergelar bomoh atau dukun. Baginda
s.a.w. mendapat wahyu dan ucapan baginda s.a.w adalah
wahyu , bukan bewrdasarkan hawa nafsu. Allah S.W.T.
menjelaskan di dalam Al-Quran :
"
Katakanlah : " Sesungguhnya aku ini hanyalah
seorang manusia seperti kamu , yang diwahyukan kepadaku
. ". ( Al-Kahf / 18 : 110 )
"
Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan
hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu
yang diwahyukan kepadanya ".
(
Al-Najm / 53 : 3-4 )
AL-QURAN
DAN AL-HADITH :
Sungguh banyak ayat Al-Quran yang menyuruh kita orang-orang
yang beriman agar mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Malahan
jika terjadi percanggahan pendapat di antara sesama
kita tentang sesuatu perkata kita disuruh agar mengembalikan
perkara tersebut kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu
kepada Al-Quran dan Al-Hadith. Ini berdasarkan firman
Allah :
"
Hai orang-orang yang beriman , taatilah Allah dan
taatilah Rasul(Nya) dan Ulil Amri di antara kamu.
Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu
, maka kembalikan ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul
(sunnahnya) , jika kamu benar-benar beriman kepada
Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama
(bagimu) dan lebih baik akibatnya ". ( Al-Nisaa'
/4 : 59 )
Rasulullah s.a.w. bukan hanya bertugas sebagai "
postman " atau penyampai sahaja terhadap risalah
Allah kepada umatnya sebagaimana dakwaan golongan
ingkar sunnah atau anti hadith , tetapi baginda s.a.w.
juga pada masa yang sama bertugas sebagai juru penerangan
dan pemberi menjelaskan terhadap keumuman atau apa
yang tersirat di dalam Al-Quran. Tugas ini diperjelaskan
sendiri oleh Allah S.W.T. di dalam firman-Nya :
"
Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran , agar kamu menerangkan
kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada
mereka dan supaya mereka memikirkan ". ( Al-Nahl
/ 16 : 44 )
Atas sebab itu , walaupun Al-Quran tidak menyatakan
secara jelas tentang azab dan nikmat kubur , namun
penjelasan Rasulullah s.a.w. tentangnya secara terperinci
wajib kita imani dan yakini. Apalagi hadis-hadis yang
menerangkan tentang azab dan nikmat kubur sebagaimana
yang dipaparkan di atas adalah hadis-hadis yang sahih
belaka dan kuat derjatnya.
SEBAB-SEBAB AZAB KUBUR :
Al-Allamah Al-Safaarainiy berkata : Sebab-sebab
penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bahagian
, iaitu :
(1) Global (mujmal) ; Mereka disiksa di dalam kuburan
kerana kejahilan mereka terhadap Allah dan enggan
mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat. Azab
kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka
Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah
di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera
taubat kepada-Nya lalu mati dalam keadaan demikian
maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan
Allah kepadanya.
(2) Terperinci (mufassal) ; Rasulullah s.a.w. pernah
dipelihatkan atau diperdengarkan azab kubur ketika
baginda s.a.w. melalui dua kuburan , yang satu disiksa
kerana suka mengadu domba (namimah) sedangkan yang
satu lagi kerana tidak istinjak setelah kecil. ( HR
Bukhari dan Muslim ). Rasulullah s.a.w. bermimpi (semua
mimpi para rasul adalah wahyu) diperlihatkan oleh
Allah kepadanya sebab-sebab manusia disiksa di dalam
kubur : orang yang solat tanpa bersuci (taharah) ,
orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi
lalu enggan menolongnya , orang yang membaca Al-Quran
lalu tidur pada malamnya kemudian tidak mengamalkan
apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya , orang
yang berzina , orang yang makan riba , orang yang
malas solat Subuh , orang yang enggan mengeluarkan
zakat , orang yang gemar menyibar fitnah di dalam
masyarakat , orang yang takabbur (sombong) , orang
yang riyak , orang suka mencaci orang lain apakah
melalui ucapannya atau tindakannya. (HR Bukhari )
KITAB RUJUKAN :
1. Aqidah Al-Wasitiyyah ; Ibn Taimiyah.
2.
Al-Roh ; Ibn Qayyim
3.
Al-Irsyad Ilaa Sahih Al-Itiqad ; Dr. Saleh Bin
Fauzan Al-Fauzan
4.
Al-Hayat Al-Barzakhyyah ; Muhammad Al-Zahir Khalifah
5.
Tafsi Al-Quran Al-Azim ; Ibn Kathir.
6.
Ahkaam Al-Janaaiz ; Nasiruddin Al-Baaniy.
7.
Lumat Al-Itiqad Al-Haadi Ilaa Sabil Al-Rasyad
; Ibn Qudamah Al-Muqaddasiy ; Syarh : Syeikh Muhammad
Bin Saleh Al-Uthaimin.